Menurut suami kepada Christine Tan, Calvin Shim, hampir dua minggu lalu, pihak MAS memaklumkan kepada keluarga krew MH370 bahawa mereka harus berurusan dengan peguam syarikat MAS untuk sebarang pertanyaan termasuklah berita mengenai kehilangan pesawat tersebut.
Ianya menyebabkan mereka terpaksa mengupah seorang peguam mewakili keluarga anak kapal MH370 untuk berurusan dengan peguam syarikat MAS.
"Kami kesal dengan layanan pihak MAS yang seolah-olah meminggirkan kami sebagai keluarga anak kapal MH370, kami ingin tahu maklumat dan perkembangan mengenai insiden ini, namun pihak langsung tidak memberi apa-apa maklumbalas kepada kami.
"Kami cuba dapatkan maklumat melalui pemberi maklumat (caregiver), namun mereka telah menerima arahan daripada pihak pengurusan untuk memaklumkan bahawa peguam kami harus berdepan dengan peguam mereka jika mahu maklumat," katanya.
Menurutnya isteri kepada Patrick Francis, Jacquta Gonzales, pihak MAS seolah-olah menghalang mereka daripada menerima sebarang maklumat dan perkembangan terbaru mengenai kehilangan kapal terbang terbabit.
"Kami tidak tahu banyak mengenai perkembangan kehilangan pesawat terbabit, kami tidak banyak menerima laporan dari pihak MAS lagi," katanya.
Justeru, pihaknya menggesa supaya MAS kekal memberikan kerjasama seperti yang dijanjikan dahulu.
Dalam pada itu keluarga anak kapal pesawat MH370 turut mengambil peluang mengucapkan setinggi penghargaan ke atas penglibatan dan usaha yang ditunjukkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam mencari serta mengesan pesawat terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan