Jumaat, 16 Mei 2014

MH370 : Hishammuddin Adakan Lawatan Rasmi Ke Myanmar Minggu Hadapan

alt

 Bariq Ramadhan 


KUALA LUMPUR - Pemangku Menteri Pemangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan ke Myanmar pada minggu hadapan untuk berjumpa Menteri Pertahanan negara di Asia Tenggara bagi melibatkan negara Asia Tenggara bersama-sama membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di laut dalam.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut akan mengadakan lawatan rasmi ke negara-negara luar bagi tujuan sama.

"Minggu hadapan saya akan ke Myammar untuk berjumpa menteri pertahanan negara di Asia Tenggara dan Datuk Seri Najib Tun Razak akan ke China.

"Banyak lagi peluang dan ruang untuk kita melibatkan lebih ramai mereka mungkin tidak terlibat di peringkat awal dalam fasa baru ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, kesempatan ini diambil ekoran perkara ini sudah mendapat perhatian dunia.
 
alt
 
Semalam, kerajaan Malaysia telah meluluskan fasa transisi yang memberi keutamaan terhadap pencarian di laut dalam bagi mengesan pesawat  MH370 dan menggantung operasi mencari melalui udara dan permukaan laut.

Kelulusan Kabinet itu diterima selepas beliau memberi taklimat kepada mereka tentang hasil Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri antara Malaysia, Australia dan China di Canberra minggu lepas.

Tiada ulasan: