KELAB GREENBOC
MH370: Anak pramugara selamat dilahirkan
KUALA LUMPUR: "Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini."
Bait-bait ayat itu itu dimuat naik Intan Maizura Othaman di laman Instagramnya beberapa jam sebelum melahirkan anak keduanya itu.
Intan memuat naik gambar tag namanya dan turut memohon maaf kepada suaminya, Hazrin Mohamed Hasnan, pramugara pesawat penerbangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.
"Sayang, ampunkanlah segala dosa-dosa mami to you. Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemaafan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita, "
Intan selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad pada Isnin malam di Hospital Putrajaya.
Meskipun tanpa Hazrin disisi, dia berjanji untuk terus tabah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
"Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus curahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata-permata you yang diamanahkan oleh Allah ini untuk menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat,"
Pasangan itu turut mempunyai anak perempuan bernama Iman.
Hampir tiga bulan berlalu, Hazrin hilang tanpa khabar berita bersama 239 penumpang lain yang menaiki pesawat MH370.
Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac.
Sehingga kini usaha mencari dan menjejak, SAR giat dijalankan dengan memasuki fasa baru- pencarian di dasar laut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan