Sabtu, 10 Mei 2014

MCA parti ‘Flip-Flop’, tidak kekal pendirian tak nak sertai kabinet

Oleh: AFIX REDZUAN


PETALING JAYA: MCA perlu menjelaskan pendirian kukuh mereka dalam membuat keputusan menyertai semula Kabinet Kerajaan seperti yang ditegaskan parti itu sebelum ini.

Ia ekoran jurang perbezaan pandangan yang semakin melebar antara MCA dan Umno berhubung beberapa isu mutakhir negara masakini.

UMNO BN 55Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata, penerimaan MCA ke dalam kabinet Kerajaan hanya daripada ehsan Perdana Menteri.

“Jadi adakah mereka ini punya agenda dua agenda? Satu nak jadi menteri, satu tak nampak boleh bekerjasama dengan BN,” kata Wong Chen ketika ditemui Selangor Kini.

Dalam Pilihan Raya Umum-ke 13, MCA cuma mampu pertahan 7 kerusi Parlimen berbanding 15 kerusi dalam PRU12 daripada 40 kerusi yang ditandingi.

bn-mcaBagi kerusi negeri, MCA cuma dapat 11 kerusi dalam PRU13, berbanding 31 kerusi dalam PRU12 daripada 90 kerusi yang diperuntukkan oleh BN sehingga istilahkan MCA “parti seven eleven”.

Malahan di Pulau Pinang, Calon BN di kerusi Dun Pengkalan Kota, Pulau Pinang,menerima tamparan hebat dalam pertandingan satu lawan satu dengan calon, apabila hanya berjaya memperoleh 1,803 daripada 17,468 undi dan hilang wang pertaruhan.

Wong Chen berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya ahli PAS di kawasan Kelana Jaya untuk mengadakan ceramah atau taklimat bagi menerangkan soal hudud kepada masyarakat.

“Apa yang penting katanya, soal ekonomi dan sistem pemerintahan sedia ada perlu diperbetulkan terlebih dahulu sebelum soal hudud ini dapat dibicarakan dengan lebih luas,” kata beliau.EZY

Tiada ulasan: