SELANGOR KINI
KAJANG : Penduduk Kajang diperingatkan agar mengetahui nilai tanah di kawasan itu sebelum membuat keputusan menjualnya.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata pemilik tanah menjual tanah mereka tanpa menyedari bahawa tanah di Kajang itu sepatutnya dijual berdasarkan harga tanah bandar bukannya harga tanah kampung.
“Selepas pembinaan MRT (MRT Sungai Buloh-Kajang), nilai tanah di Kajang ini sangat tinggi. Jadi, saya mengingatkan rakyat untuk bersabar supaya apabila mereka menjual tanah tanpa mengira keadaan ini, boleh jadi mereka mendapat hasil yang berkurangan.
“Terutama dari segi tanah-tanah hampir kampung. Kajang ini walaupun dikatakan bandar tetapi ada juga kampung-kampung dan mereka fikir mereka menjual tanah kampung, tapi yang sebenarnya tanah yang dijual itu tanah bandar,” katanya dipetik Sinar Harian.
Sehubungan itu, beliau berpesan kepada rakyat Kajang agar bersabar untuk tempoh kurang lima tahun.
“Harga di kampung boleh jadi RM15 sekaki kalau tanah bandar RM60 sekaki, jadi, kalau mereka tidak bersabar dan mencari jalan untuk mendapat kelulusan menjadikan tempat itu kawasan perumahan dan sebagainya, mereka mendapat nilai yang kurang.
“Jadi, untuk saya kemajuan ini mesti dinikmati oleh semua rakyat dan mereka perlu berjaga-jaga. Tempoh bersabar itu tidak sampai lima tahun.
Projek MRT itu akan siap dalam tempoh dua tahun. Tapi jangan jual tanah dengan cepat,” katanya.
Bersandarkan jawatan yang dipegangnya, Abdul Khalid merasa bertanggungjawab agar semua rakyat di negeri ini mengetahu nilai tanah masing-masing.
“Saya sebagai Menteri Besar ada kalanya ada (menerima) permohonan untuk meluluskan penjualan tanah walaupun sepatutnya saya tidak campur tapi saya rasa bertanggungjawab jika mereka tidak tahu nilai yang baik untuk mereka,” katanya.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan