Lelaki OKU hilang belum ditemui  
YUSEIRI


BATU KURAU - Masih belum ada petunjuk. Itu rintihan sebuah keluarga berhubung kehilangan Yuseiri Kasim, 35, yang dikatakan keluar dari kediaman mereka di sini, sejak 19 April lalu.

Abangnya, Hairun Kasim, 38, berkata, walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi mencari adiknya, namun sehingga kini ia belum berhasil.

“Tiada sebarang petunjuk dan maklumat diterima selepas berita kehilangan adik tersiar dalam akhbar.

"Ada juga terima beberapa panggilan, namun kesudahannya tetap menghampakan. Kami buntu, tak tahu mana mahu cari lagi,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Hairun berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Yuseiri diminta segera menghubunginya di talian 012-6176749.

Pada 19 April lalu, Yuseiri yang juga orang kurang upaya (OKU) dilihat keluar dari rumahnya dengan menunggang sebuah motosikal jenis EX5 berwarna biru dengan nombor pendaftaran ADX 9379.