Isnin, 26 Mei 2014

Kaum Cina tidak bersyukur undi DAP kerana mereka kaya, kata Zahid

OLEH ANISAH SHUKRY


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong semasa program bersama penduduk tempatan dan penyerahan kunci rumah di Kampung Durian Sebatang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 Mei, 2014.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dan calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong semasa program bersama penduduk tempatan dan penyerahan kunci rumah di Kampung Durian Sebatang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim. 


Hanya orang Cina akan gembira jika calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong kalah pada 31 ​​Mei, kerana mereka sudah kaya dan tidak bersyukur untuk itu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

"Saya akan berasa sedih jika DAP menang sekali lagi di Teluk Intan. Orang Melayu akan menjadi sedih. Orang India akan lebih sedih.

"Tetapi orang Cina tiada terkesan kerana mereka mempunyai pelbagai perniagaan. Tetapi jika tidak kerana orang Melayu atau India yang membeli barang-barang mereka, mereka tidak akan mempunyai perniagaan.

"Melayu dan India yang membantu ahli perniagaan Cina. Tetapi apabila mereka mengundi, mereka memilih DAP. Mereka tidak bersyukur," Zahid memberitahu kira-kira 100 orang Melayu di Durian Sebatang, Teluk Intan hari ini.

Tiada ulasan: