KEADILANA DAILY
KUALA LUMPUR : Pasukan tangkapan segera (urgent arrest) himpunan 1 Mei percaya, tindakan pihak tertentu menggodam talian telefon taktik baru mengganggu perhimpunan aman.
Dalam kenyataannya hari ini, tindakan tersebut berniat menghalang tugas anggota pasukan dalam usaha koordinasi khidmat peguam untuk sesiapa yang ditahan oleh pihak polis dalam himpunan 1 Mei semalam.
“Tindakan pihak tidak bertanggungjawab berniat jahat dan mala fide, menidakkan hak dan kepentingan peserta untuk diwakili peguam ketika ditahan dan disiasat polis.
Sejak pagi 1 Mei 2014 sehingga hari ini, anggota pasukan tak henti-henti menerima panggilan telefon dan SMS daripada orang ramai yang menerima SMS kecemasan.
Dianggarkan ratusan SMS dan ribuan panggilan telefon diterima, kononnya daripada anggota pasukan dan meminta orng ramai menghubungi semula anggota pasukan dengan segera pada hari tersebut.
“Kami syak pihak tidak bertanggungjawab memancing nombor telefon persendirian orang awam daripada database syarikat telekomunikasi.
“Sekiranya benar, kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melanggar privasi dan menggunakan data peribadi orang awam secara tidak sah dan salah.
Pasukan urgent arrest terdiri dari sukarelawan Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Gabungan Pilihan Raya Bersih & Adil (Bersih) dan Kelab Bangsar Utama (KBU)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan