Rabu, 21 Mei 2014

DAP: Kami sanggup bayar RM1,000 untuk kempen di sekolah seperti BN

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua bersama calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di sidang akhbar pelancaran Pusat Operasi di Pekan Baru, Teluk Intan, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 21 Mei, 2014.Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua bersama calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di sidang akhbar pelancaran Pusat Operasi di Pekan Baru, Teluk Intan, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,  



























DAP hari ini menggesa Kementerian Pendidikan agar mempertimbangkan hasrat parti itu untuk berkempen menggunakan sekolah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan seperti yang dilakukan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata walaupun sekolah tidak dibenarkan menjadi lokasi berkempen namun Umno dan BN tetap melanggar peraturan itu.

"Walaupun ini satu peraturan tetapi bagi Umno dan BN, mereka boleh buat sesuka hati. Saya bagi pihak DAP meminta fasiliti yang sama diberikan kepada DAP untuk berkempen di kawasan sekolah.

"Kita rela bayar lebih mahal daripada BN. RM1,000 pun kita bayar. Kita pun tiada tempat untuk berkempen di Kampung Selabak. Kami ada alasan yang sama," katanya pada satu sidang media di Teluk Intan, hari ini.

Semalam, Umno Teluk Intan mendakwa mendapat kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan kempen di Sekolah Kebangsaan Selabak kerana tiada tempat lain yang sesuai.

Mereka mendakwa guru sekolah berkenaan memberi kebenaran dan Umno membayar RM500 bagi tujuan itu.

Semalam, Datuk Ahmad Maslan berkata tiada salahnya sekolah digunakan sebagai lokasi berkempen jentera pilihan raya BN kerana ia juga merupakan aset kerajaan.

Ketua penerangan Umno itu berkata, meskipun banyak pihak mengecam penggunaan sekolah sebagai tempat berkempen dalam pilihan raya, namun mereka mendapat kebenaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan untuk mengadakan majlis itu.

“Saya timbalan menteri BN. Jadi saya tidak nampak mengapa kita tidak boleh mengadakan ceramah di sini," katanya.

1 ulasan:

Adjie123 berkata...

3.85 pointer ni memang sah bebal. Dia kan timbalan menteri negara malaysia...camna pulak dia mengaku timbalan menteri kerajaan bn? Dan ingat ya...aset kerajaan bukan aset parti...