KEADILAN DAILY
TELUK INTAN : Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang berbaki hanya seminggu terus hangat dengan kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ceramah Perdana pertama beliau bermula esok malam.
Ceramah yang bakal berlangsung di Jalan Selat, Kampung Terengganu, Durian Sebatang itu akan dimulakan pada jam 9 malam.
Seterusnya untuk malam kedua pada Isnin, Anwar akan berceramah pula di perkarangan Bilik Gerakan KEADILAN, Bandar Baru, Pasir Bedamar mulai 8 malam.
Selepas itu, beliau meneruskan ceramah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong iaitu di perkarangan Rumah Kedai, No 11, Tmn Desa Aman, Jalan Maharajalela, Teluk Intan, pada jam 9 malam.
Kehadiran masyarakat setempat dan dari negeri yang berdekatan sangat dialu-alukan.
PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud menentang calon BN, Datuk Mah Siew Keong.
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, dari DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan