Isnin, 19 Mei 2014

BN tidak cadang ambil tindakan pada ibu Dyana - Muhyiddin

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
TELUK INTAN: Barisan Nasional (BN) tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan kepada ahlinya, Yammy Samat iaitu ibu kepada calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kerana membantu anaknya itu dalam kempen pilihan raya tersebut.
 
Yammy Samat adalah ahli Umno dan pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980. 
 
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap Yammy kerana itu adalah haknya sebagai seorang ibu.
 
“Itu adalah hak individu dan ianya tidak menjejaskan ibu bapa mana-mana calon yang bertanding disini,” katanya kepada pemberita sejurus selepas pengumuman calon PRK Teluk Intan disini pagi tadi.
 
Sebelum ini, Yammy menegaskan bahawa beliau akan membantu anaknya itu dalam berkempen dan sokongan serta bantuannya itu tidak lebih hanyalah semata-mata kerana beliau adalah ibu kepada Dyana Sofya.
 
Beliau turut menyerahkan kepada Umno jika hendak mengambil tindakan terhadapnya.
 
Beliau dipetik sebagai berkata "Saya menyokong anak, bukan parti... saya sama sekali tidak akan keluar daripada parti Umno. Saya sebagai ibu, bagaimanakah anda jika berada dalam keadaan saya...saya akan temankan dia sepanjang kempen in".
 
Terdapat desakan daripada NGO veteran Umno yang mahukan parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.
 
Setiausaha Agung NGO tersebut, Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti dan tiada gunaya parti itu menyimpan ahli yang secara terang-terangan menjejaskan kredibilit dan menghina parti.

Tiada ulasan: