MALAYSIAKINI
Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah membidas
BERSIH berkaitan kemungkinan berlaku amalan rasuah dalam isu seputar
pertukaran menteri besar Terengganu pada12 Mei lalu.
Sambil mendakwa dakwaan itu tiada asas dan bukti kukuh, Ibrahim (kiri) berkata, ia memperlihatkan pertimbangan dan prinsipnya yang berat sebelah, lapor Umno-Online.
Bekas naib canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu bagaimanapun
tidak menafikan kerana dalam setiap organisasi mahu pun kerajaan,
pastinya terdapat kelemahan dan kesilapan di sana sini.
“Semua kerajaan di dunia, termasuk di negara ini pastinya ada kelemahan
dan kesilapan, kerana yang mentadbirnya adalah manusia yang pasti tidak
lepas dari membuat salah dan silap.
“Fitrah manusia tidak ada yang sempurna.
"Tetapi selagi ada usaha kerajaan untuk memperbaiki dan mengatasi segala
kelemahan dan kesilapan, ia adalah sesuatu yang baik,” beliau dipetik
sebagai berkata.
Katanya, perkara itu yang dimaksudkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dalam usaha melakukan transformasi untuk menambah baik urusan
pentadbiran sedia ada.
BERSIH pada 14 Mei lalu menggesa
pihak yang mungkin mempunyai maklumat melibatkan rasuah mengenai
hubungan politik dalam kemelut di Terengganu agar tampil mendedahkan
perkara itu.
Mereka dalam kenyataannya mengesyaki berlaku tipu helah dalam usaha
menyelesaikan kemelut yang melanda apabila BN kehilangan penguasaan
majoriti di DUN Terengganu dalam drama dua hari itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan