Jumaat, 2 Mei 2014

Akhbar M'sia kekal tak bebas

MALAYSIAKINI


 


Malaysia terus dikategorikan sebagai “tidak bebas” dalam Laporan Kebebasan Akhbar oleh Freedom House untuk tahun 2013.

Negara ini bagaimanapun menunjukkan sedikit peningkatan dalam ranking dunia.

Menurut laporan itu, Malaysia menerima “trend penurunan” ekoran “penipuan pilihan raya berleluasa dan rintangan struktur bagi menghalang pembangkang mengambil alih tampuk kekuasaan”.

Malaysia kini di kedudukan 141 dalam ranking dunia berbanding 146 pada 2012 dan mendapat 64 daripada 100 mata, sama seperti tahun sebelumnya.

Mata lebih kecil menunjukkan menunjukkan lebih bebas manakala mata lebih tinggi pula kurang bebas.

Laporan itu menunjukkan keadaan tidak banyak berubah untuk Malaysia sejak 2005, dengan mata antara 63 hingga 65.

Laporan itu turut mengutip keputusan mahkamah yang tidak membenarkan penganut Kristian daripada menggunakan kalimah Allah dan “prasangka yang memburuk” terhadap masyarakat lesbia, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Tiada ulasan: