Peguam Negara mengarahkan Timbalan Speaker DUN Selangor dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa semula bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 esok.
Peguam Latheefah Koya berkata barisan peguam wakil rakyat itu telah dimaklumkan berhubung perkara itu dan polis dijangka akan menyerahkan saman berkaitan Nik Nazmi pagi esok.
"Beliau akan didakwa di mahkamah sesyen esok di Petaling Jaya. Polis beritahu saya ini adalah arahan daripada peguam negara sendiri," kata Latheefa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan