Selasa, 15 Oktober 2013

Wanita Umno tak kisah tabung negara dirompak lagi?

KEADILAN DAILY


KUALA LUMPUR :  Wanita Umno masih tidak sedar kesan buruk apabila memilih semula Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai ketua mereka, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.

“Malang bila wanita Umno masih tidak sedar implikasi mengembalikan semula Shahrizat Jalil sebagai ketua.

Zuraida“Ini berkenaan memilih pemimpin yang bersih dan bertanggungjawab untuk memimpin negara.

“Jika kerosakan ini dibenar berterusan, tabung negara kita akan dirompak lagi tanpa memikirkan tentang masa depan anak-anak kita,” kata Zuraida dalam kenyataan.

Shahrizat menang kerusi Ketua Wanita pada pemilihan Umno 12 Oktoberm lalu dengan menewaskan Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin.

Tambah Zuraida, Shahrizat sepatutnya meminta maaf kerana pengilbatan ahli keluarganya dalam skandal NFC.

Beliau mempersoalkan apakah cukup dengan menidakkan pengetahuan bahawa suami Shahrizat mengambil RM81 juta dari akaun NFC untuk membeli dua kondominium mewah di Bangsar.

“Jika Sharizat yakin dirinya tidak terbabit dalam skandal tersebut, dia sepatutnya menyaman suaminya kerana mencemarkan namanya,” kata Zuraida.

“Apakah jenis mesej yang Umno menghantar kepada rakyat

“Apakah tidak mengapa bagi seseorang yang dikaitkan dengan skandal menjadi seorang pemegang jawatan parti untuk menjadi pemimpin negara?, soal Zuraida.

Tiada ulasan: