Isnin, 7 Oktober 2013

Umno Mahu Rakyat Miskin, Supaya Senang Diugut

BULETIN ONLINE


KEMAMAN – Rumah Mak Cik Nab 80 tahun di Kampung Kuala Kemaman yang mengalami kerosakkan teruk sejak 15 tahun lalu akhirnya dapat diperbaiki dengan bantuan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat dan Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Chukai.

Anak Mak Cik, Mohd Awi Jusoh, 54, ketika ditemui berkata, beliau dan ibuya yang tinggal ‘berbumbungkan lagit dan berlantaikan papan reput’, telah berkali-kali memohon bantuan dari kerajaan namun tidak pernah dilayan.

IMG-20131004-WA0005

Katanya, pihak berkeaan hanya datang mengambil gambar rumah berkenaan, namun bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba.

“banyak kali dah minta bantuan………..berkali-kali……10, 15 kali dah…..tak pernah dapat, minta belaka…….dia mari ambil gambar je tapi tak pernah dapat bantuan,”ujarnya kesal.

Sehubungan itu, Haji Hanafiah berkata, wang tunai yang disumbangkan bagi membaik pulih rumah tersebut sebanyak RM2000 dari pihaknya dan pihak MTD Chukai.

Tetapi, kata beliau, ada sumbangan lain seperti kayu untuk mengganti lantai rumah tersebut yang telah reput dimaka ‘anai-anai’, dihantar oleh para dermawan.

“(wang tunai) habis RM2000 tapi sumbangan kayu ada orang mari hantar tadi……….mungkin (harga) kasarnya dalam RM3000 lebih agakya, (kerja-kerja dibuat secara) gotong royong dengan (tenaga) 30 orang terlibat dari Pusat Khidmat DUN (Chukai) bermula pada jam 8 pagi,

“dan hampir 90 peratus (siap) tetapi (masih) tidak ada tandas yag akan diusahakan masa akan datang,”jelasnya.

Menurutnya, kawasan Kuala Kemaman adalah kubu Umno sejak sekian lama dan Umno (BN) menang dalam pilihanraya umum kali ke-13 baru-baru ini sebaya hampir 300 undi, namun ramai peduduk disitu miskin.

Katanya, Umno mahu rakyat terus miskin supaya parti itu seang mengugut rakyat ketika waktu hampir piliharaya.

“Kawasan Kuala (Kemaman) ini tempat (kubu kuat) Umno yang selama-lamanya, dulu, kini dan selamanya……….dan Umno menang pilihanraya di sini hampir 300 undi,

“Umno ni dia nak rakyat miskin (supaya) baru senang dia ugut utu mengahadpi (hampir waktu) pilihanraya,”tegasnya.

Oleh itu, beliau menyeru kepada para muhsinin yang prihatin, yang berhajat untuk menyumbang kepada Mak Cik Nab bolehlah menyalurkan bantuan kepada Pusat Khidmat DUN Chukai atau terus akaun bank Tabung Kebajikan Rakyat di MayBank No Akaun 563028604239.

Tiada ulasan: