Selasa, 15 Oktober 2013

'Tetap menyembah Allah hingga tiba kerajaan-Nya'




Keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang The Herald menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan berbahasa Melayu untuk merujuk kepada Tuhan kepada penganut Kristian disambut dengan pelbagai reaksi.

Ketua biskop Malaysia Timur berkata, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan tetap menyembah "Allah".

Beliau malah mencabar pihak berkuasa dengan berkata: "Apa yang akan kamu lakukan".

Gerakan pula menjadi parti komponen pertama BN yang mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menegaskan bahawa semua pihak dalam gabungan itu patut diambil pandangannya sebelum kerajaan membuat pendirian dalam isu itu.

Berikut pandangan pelbagai pihak berhubung keputusan hari ini.

NONEKetua Biskop Bolly Lapok

pengerusi Persatuan Gereja Sarawak


Gereja tidak perlu pembela dari luar untuk menentukan apa yang penting atau tidak kepada kepercayaan kami. Ia (keputusan) yang bertentangan dengan akal waras.

Buat masa ini, penganut Kristian di Sabah dan Sarawak akan terus hormat menyembah "Allah" ini sehingga kerajaan-Nya tiba. Dan kami mahu bertanya kepada kerajaan: Apa yang akan kamu lakukan tentangnya?

Abdullah Zaik Abd Rahmanpresiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Tinggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum kerana orang Islam di negara ini akan menentang sebarang niat jahat dari mana-mana pihak yang ingin mengancam masa depan mereka.

Tiada ulasan: