Isnin, 14 Oktober 2013

'Terima kemenangan KJ, tapi awas dengan liberalisme'

 


 
 
Pencabar Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail menerima kejayaan Khairy mengekalkan jawatannya tetapi memberi amaran ia akan membuka ruang kepada "unsur liberalisme" untuk meresap masuk ke dalam sayap itu.

NONE"Kemenangan beliau sudah dapat dijangka. Saya sudah tentu akan beri sokongan kerana beliau sudah menang tapi saya harap beliau dapat beri fokus kepada golongan di bawah.

"Bagaimana pun, saya rasakan unsur-unsur liberalisme yang dibawakan YB KJ (Khairy) sedang meresap masuk ke dalam Pemuda," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Menurutnya, jika ia tidak dikawal, Pemuda perlu bersedia berhadapan risiko hak-hak orang Melayu disamatarafkan dengan bangsa-bangsa lain kelak.

"Adakah orang Melayu sudah bersedia? Wajarkah kita mengalah apabila hak-hak kita diapungkan untuk sama rata dengan bangsa-bangsa lain?" katanya.

NONEBeliau berkata demikian sewaktu mengulas ucapan kemenangan Khairy yang kesal lawannya menggunakan kempen bersifat 'terkebelakang' dalam pemilihan untuk jawatan itu.

Syed Rosli semalam juga diberitakan tidak turun mengundi bagi pemilihan bahagian sendirinya iaitu bahagian Pandan.

Menjelaskan perkara itu, Syed Rosli berkata beliau sekarang diwadkan di sebuah hospital di Ampang akibat radang usus kerana kekurangan serat.

Menurutnya, beliau tidak dapat mengundi dalam pemilihan kerana berada di hospital sejak pagi Khamis lalu dan turut menjangkakan akan menyambut hari raya Aidil Adha di hospital.

NONESeorang lagi pencabar Khairy, Irwan Ambak juga menerima kemenangan Khairy.

"Saya terima yang Khairy diberi mandat oleh perwakilan Pemuda Umno untuk terus memimpin sayap itu dan ini pilihan mereka.

"Bagi saya, ia menunjukkan yang saya perlu bekerja lebih keras menyebarkan mesej agenda transformasi kewangan buat golongan belia," katanya.

Beliau juga yakin komen Khairy tentang kempen lawannya yang terkebelakang ditujukan kepada calon-calon lain dan bukan dirinya.

Tiada ulasan: