Ahad, 13 Oktober 2013

Suhaizan akan cabar Nasarudin untuk rebut Ketua Pemuda Pas

MSO


Exco Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat telah diumumkan sebagai calon Dewan Pemuda Pas Malaysia yang akan mencabar kedudukan Nasaruddin Hasan di muktamar dewan berkenaan bulan depan. Pengumuman itu dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Batu Pahat hari ini.

Suhaizan Kaiat
Dalam satu kenyataan yang dikirimkan kepada saya menyebut; "kami dari pemuda Pas kawasan Batu Pahat dengan sebulat suara telah bersetuju untuk mencalonkan Suhaizan Kaiat sebagai Ketua Pemuda (KP) bagi Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) dalam pemilihan Pas yang akan berlangusng bulan November ini."

Sebelum ini saya telah mencatatkan menerusi blog ini seorang Exco Pas akan mencabar kedudukan Nasaruddin sebagai ketua dewan Pemuda Pas.

Keputusan mengumumkan Suhaizan itu dibuat dalam mesyuarat pertama kepimpinan Dewan Pemuda Pas kawasan Batu Pahat yang diadakan 23 September lalu.

"Kami telah sebulat suara mencalonkan beliau setelah dibincang secara masak termasuk nama tokoht-tokoh pemimpin pemuda Pas yang lain. Kami berpandangan Sihaizan juga merupakan ketua Pemuda Pas Johor memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda Pas ke pentas nasional dalam memperjuangkan isu yang timbul hari ini," demikian kenyataan Ketua Pemuda Pas Batu Pahat, Mohd Salleh Tamjis dipetik.

Perkembangan menjadikan kedudukan ahli Parlimen Termerloh Nasaruddin Hasan sebagai ketua pemuda akan dicabar. Kemungkinan sehubungan dengan itu kedudukan Nik Mohamad Abuh Nik Abdul Aziz sebagai timbalan ketua juga akan turut dicabar. Sebelum ini terdengar desas desus naib ketua dewan Pemuda Pas Pusat dikatakan akan mencabar Abduh.

Bagaimana pun sehingga kini Suhaizan belum mengesahkan sama ada beliau akan meneruskan hasrat berkenaan atau tidak.

Dalam perkembangan lain di Pasir Mas hari ini perwakilan persidangan Puteri Umno bahagian itu telah mendapat ketua baru apabila seorang guru Wan Harinawati Wan Daud telah dipilih sebagai ketua. Beliau mendapat 77 orang menewaskan dua calon lain termasuk bekas ketua yang mendapat 55 undi.

Tiada ulasan: