Khamis, 3 Oktober 2013

Seorang Lagi Pelatih Lumba Basikal Kemalangan Maut, DiLanggar Van Pengiring

BULETIN ONLINE


Seorang lagi atlet pasukan lumba basikal Terengganu, Mohd Asmui Ali, 19, meninggal dunia kerana kemalangan selepas Muhammad Syafiq Imran Syahril, 15, mengalami kemalangan maut di jambatan Kampung Guntong kerana digilis treler kira-kira empat bulan lalu.

Asmui atau biasa dipanggil dengan nama timangan ‘Adik Awang’ berasal dari Kuala Ibai, terbabit kemalangan di Kampung Pulau Serai Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, 11.30 pagi tadi.

IMG-20131002-WA0017

Basikal Asmui dikatakan bergesel dengan rakan lain yang sedang menunggang ketika itu dan kemudiannya terjatuh dan dilanggar sebuah van milik Persatuan Lumba basikal Terengganu yang mengiringi sesi latihan atlet lumba basikal itu.

Sumber polis Terengganu meyatakan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengagkutan Jalan 1987 dan bedah siasat (Post mortem) bagi mengesahkan kematian akan dijalankan.

Selepas kejadian yang menimpa arwah Syafiq pada pada 5 Jun lalu kerajaan berjanji negeri Terengganu akan mempertingkat tahap keselamatan dan memberi keutamaan kepada pelumba basikal di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Mohd. Mahadi Musa berkata, langkah itu bagi menjamin keselamatan pelumba basikal yang sememangnya terdedah kepada bahaya kemalangan.

Tiada ulasan: