Selasa, 22 Oktober 2013

Putrajaya tarik balik pindaan klausa hina bendera dan vandalisme

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Kejadian kibar bendera Sang Saka Malaya pada sambutan ambang merdeka dikatakan tindakan tidak bertanggungjawab dan mendapat perhatian ramai. Gambar fail.Kejadian kibar bendera Sang Saka Malaya pada sambutan ambang merdeka dikatakan tindakan tidak bertanggungjawab dan mendapat perhatian ramai. Gambar fail.




















Putrajaya menarik balik dua klausa dalam cadangan pindaan Kanun Keseksaan berkenaan vandalisme dan penghinaan terhadap logo nasional seperti bendera, kata ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran.

Naib Presiden PKR itu mengesahkan perkara berkenaan pada sidang media di Parlimen apabila menerima notis penarikan balik dua klausa berkenaan selepas perbahasan di Dewan Rakyat semalam.

"Memang kami menolak penghinaan terhadap Jalur Gemilang, tetapi kami menolak hukuman yang terlalu berat kepada sesiapa yang dikatakan menghina negara," katanya.

 "Kita tidak boleh menggunakan paksaan terhadap rakyat," katanya yang turut menghargai penarikan semula dua klausa berkenaan, Klausa 5 dan 33 dalam Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, Pakatan Rakyat (PR) tetap akan menentang pindaan terhadap klausa 11 yang memperuntukan penjawat awam dilarang mendedahkan maklumat dalam kerajaan kerana ia menyamai Akta Rahsia Rasmi (OSA).

"Ia macam OSA baru untuk penjawat awam," katanya.

Isu penghinaan terhadap bendera Jalur Gemilang mula menjadi perhatian selepas beberapa individu mengibarkan Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan baru-baru ini

Tiada ulasan: