Isnin, 21 Oktober 2013

PRK Sungai Limau; PAS Cabar Umno Bertanding Secara ‘Jantan’

BULETIN ONLINE
 
 
KUALA TERENGGANU – PAS mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) bertanding secara ‘jantan’ dan hanya menggunakan jentera parti dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau yang akan diadakan nanti.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu YB Haji Haji Hanafiah Mat berkata, rekod terakhir dalam PRK Kuala Besut yang lalu, pemimpin Umno-BN masih ‘tidak tahu malu’ dan menggunakan kemudahan kerajaan sewenang-wenangnya.

Beliau berkata pihak-pihak penguatkuasa dan pemegang amanah yang dilantik oleh rakyat perlu tegas membezakan di antara program kerajaan dan kempen politik pilihanraya.

“Banyak majlis-majlis yang dianjurkan atas nama kementerian dan jabatan dalam masa kempen politik pilihanraya kecil Kuala Besut,

“setiap elemen dalam penganjuran program, para pegawai kerajaan………kenderaan kerajaan………. dan perbelanjaan program semuanya dibiayai oleh cukai seluruh rakyat,

“tetapi majlis-majlis digunakan sebagai majkis kempen untuk calon Umno-BN,”ujarnya yang juga adalah Pengurus Kempen PAS bagi PRK Kuala Besut.

Beliau hairan bagaimana pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) boleh menyokong tindakan Umno menggunakan jentera kerajaan dan tidak dapat membezakan antara parti politik dan kerajaan.

Sedangkan bukan sahaja ada sempadan-sempadan yang jelas antara parti politik dan kerajaan bahkan dalam Islam adalah haram dan berdosa menggunakan harta milik kerajaan untuk tujuan peribadi atau kelompok tertentu.

Oleh itu, beliau berkata, rakyat perlu melihat dengan jelas bagaimana pimpinan dan kerajaan memanupulasikan jentera kerajaan dan mengkhianati amanah rakyat.

“soal syubhah (subahat) pun akan dipersoalkan apatah lagi Umno menggunakan RTM, Jabatan Penerangan dan pelbagai Jabatan untuk meraih undi,

“rakyat perlu memisahkan diri dari parti Umno dan Barisan Nasional yang jelas telah mengakibat keburukkan dan bencana didunia ini,” jelas Hanafiah

Tiada ulasan: