Jumaat, 18 Oktober 2013

Politik wang masih berleluasa dalam Umno

THE  MALAYSIAN INSIDER

Ahli Umno bertanggungjawab memilih barisan kepimpinan menerusi undi mereka esok. Ahli Umno bertanggungjawab memilih barisan kepimpinan menerusi undi mereka esok. 
























Dalam tempoh 48 jam sebelum pemilihan Umno 2013, perwakilan berkata wang ditaburkan dan ada kebimbangan mengenai kemungkinan manipulasi undi bagi memastikan kemenangan calon tertentu.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan sekutunya gigih berkempen untuk calon tertentu bagi merebut jawatan naib presiden terutama Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Persaingan sengit untuk menang semua jawatan. Ia seperti kejadian ‘ribut emas’,” kata seorang pejuang Umno kepada The Malaysian Insider sambil mendedahkan jumlah wang yang akan disalurkan pada pemilihan Sabtu ini.

 Sebahagian 146,500 perwakilan daripada 191 bahagian menggunakan sistem pemilihan baru bagi memilih pemimpin mereka dalam pemilihan kali ini. Pemilihan di peringkat bahagian juga diadakan pada hari sama.

“Pastinya akan ada ‘hujan emas’ berlaku nanti,” kata seorang lagi sumber rasmi parti yang mendedahkan perwakilan akan mendapat kira-kira RM300 untuk setiap undi mereka.

Bagaimanapun, beliau tidak menamakan calon yang menggunakan wang untuk memenangi tiga jawatan naib presiden dan 25 ahli Majlis Tertinggi.

Terdapat jawatan tertinggi lain tidak dipertandingkan dan dilantik sendiri oleh presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang juga perdana menteri Malaysia.

Selain Hishammuddin, penyandang bagi jawatan naib presiden lain adalah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Ketiga-tiga mereka merupakan calon yang dikatakan rapat dengan akar umbi sementara Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Shafie mengadakan beberapa kempen peribadi bagi mengukuhkan sokongan daripada perwakilan.

“Rangkaian yang baik akan banyak membantu mereka,” katanya.

Penyandang dicabar oleh Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, Mohd Ali dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Sumber dalaman parti berkata, kombinasi personaliti dan rangkaian di antara ketua bahagian memberi kelebihan kepada Ahmad Zahid untuk mendahului dalam merebut jawatan naib presiden diikuti dengan Shafie dan Hishammuddin.

“Jangan terkejut jika Hishammuddin membuat kejutan dan meraih undi yang banyak,” kata sumber itu mengulas potensi Menteri Pertahanan itu.

Katanya, terdapat cakap-cakap mengatakan pengiraan undi dimanipulasi dan dua kes dilaporkan di Kuala Lumpur.

“Sesetengah perwakilan tidak begitu gembira melihat pengiraan undi dijalankan ekoran keputusan yang berbeza dicatatkan di peringkat bahagian,” katanya.

Sumber parti itu turut menyebut Mukhriz menghadapi kesukaran kerana menteri besar Kedah itu tidak begitu dikenali di kalangan perwakilan walaupun merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merangkap ketua kempen beliau.

“Kita tidak boleh berdiri dengan kegemilangan semalam kerana penyandang masa kini mempunyai peluang yang lebih cerah berbanding pencabarnya,” kata sumber itu memberikan contoh kemenangan Shahrizat dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dipilih semula dalam pemilihan itu.

Tiada ulasan: