Sabtu, 5 Oktober 2013

Pentas Anti -TPPA : Anwar setuju hadir , Tun M belum pasti


sedddd


SHAH ALAM  : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk naik ke Pentas Perdana Anti-TPPA yang akan berlangsung pada malam 10 Oktober 2013 di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata dua tokoh ternama Anwar dan Tun Mahathir, diundang ekoran mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi perdagangan antarabangsa.

“Ia satu ruang dan peluang yang penting untuk Anwar dan Tun Mahathir menjelaskan segala persoalan khususnya mengenai Perjanjian TPPA yang penuh agenda tersembunyi.

” Anwar menyatakan kesediaan manakala Tun Mahathir yang dilihat tegas menentang perjanjian TPPA masih belum memberikan jawapan positif,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Menurut Badrul Hisham, pihaknya masih menunggu jawapan dari pihak Tun Mahathir dan optimis bahawa Tun Mahathir akan mempertimbangkan kehadirannya di pentas perdana.

“Anwar membuktikan betapa segala persengketaan lalu wajar diketepikan demi memastikan tanahair ini tidak dijual melalui skim perjanjian TPPA,” kata beliau.

Tiada ulasan: