PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid mendahului lima pencabar lain yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno dengan memperoleh 63 undi, mengikut keputusan tidak rasmi setakat 5 petang.
Menurut keputusan tidak rasmi itu, Datuk Seri Shafie Apdal menyusul dengan 56 undi manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendapat 35 undi.
Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir pula memperoleh 30 undi diikuti Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing empat undi.
Dr Ahmad Zahid menerima undi awal dari Umno Bahagian Tambun, Cheras, Bukit Bendera, Pagoh, Batu Gajah, Sungai Besar dan Pandan.
Shafie pula memperoleh undi dari Bahagian Tambun, Pagoh, Batu Gajah, Sungai Besar dan Pandan.
Mukhriz mendapat undi dari Bahagian Tambun, Cheras, Sungai Besar, dan Pandan manakala Hishammuddin dari Bahagian Cheras, Bukit Bendera dan Pagoh.
Mohd Ali memperoleh sokongan dari Bahagian Bukit Bendera dan Batu Gajah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan