Selasa, 22 Oktober 2013

PAS harap media perdana jaga keharmonian Sg Limau

Muhammad Faizal,


JERAI: PAS meminta agar media arus perdana melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih berhemah dan adil menjelang kempen dan pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar yang ketika berucap pada majlis pengumuman calon PAS semalam berharap selain menjaga keharmonian, mereka juga perlu bersikap profesional dalam penyiaran dengan membuat siaran media kepada PAS.

"Saya nak ucap terima kasih kepada semua rakan media yang hadir dan akan hadir terutamanya media arus perdana seperti TV1.

"Apa yang saya harapkan media arus perdana ini melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih profesional dan apa yang penting jangan menggugat keharmonian penduduk Sungai Limau dengan berita-berita yang berunsur fitnah," jelasnya.

Jelasnya, PAS mahupun Pakatan Rakyat mahu meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak yang membawa politik damai di Kedah terutamanya Dun Sungai Limau.

"Kehidupan satu keluarga, kita tidak mahu media arus perdana memperondak peranda kedamaian yang telah dibina oleh Allahyarham selama ini.

"Jika media memberi liputan yang tidak adil, ia akan mengundang kehidupan yang damai ini kepada ketegangan sesama sendiri," ucap beliau.

Penamaan calon bagi PRK Dun Sungai Limau akan berlangsung pada 23 Oktober, manakala hari pengundia pada 4 November.

PAS yang meletakan Ketua Pemuda Jerai, Ustaz Mohd Azam Abd Samat sebagai calon mereka yang akan berdepan dengan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Tiada ulasan: