Oleh Aspan Alias
Tidak dapat saya berhenti untuk menulis tentang isu perubahan yang sering di janjikan oleh UMNO dan Najib serta Muhyiddinnya. Pemimpin-pemimpin utama UMNO khususnya Najib, begitu fasih dan lancar menyebut istilah perubahan dan menyanyikan lagu transformasi dan sebagainya.
Fasih dan lancarnya menyebut tentang perjuangan, perubahan dan transformasi itu sefasih seorang tok lebai membaca ayat Yassin dan Al-fatihah. Lunaknya nyanyian mereka sama seperti Datuk SM Salim menyanyikan lagu Pasir Roboh dan Sharifah Aini menyanyikan lagu Bunga Tanjung.
Tetapi, mana dia perubahannya? Sampai ke hari ini tidak ada perubahan
dan tidak nampak kesan dari janji-janji dan nyanyian lunak Najib dan
barisan pimpinannya. Rupa-rupanya selama ini Najib dan barisan
kepimpinan UMNO hanya menyanyikan lagu-lagu sahaja tanpa menghayati apa
yang terkandung di dalam barisan lirik-lirik lagu yang penuh dengan
makna dan nilai kata-kata dalam lagu-lagu tersebut.
Mereka hanya tahu menyanyikan lagu UMNO sahaja, dan mereka terus
bersatu seperti kehendak lirik lagu itu. Mereka bersatu dan berganding
bahu seperti yang terkandung dalam lagu itu. Mereka terus bersatu tetapi
hanya semasa menyanyikan lagu itu sahaja. Selepas itu mereka berpecah
dan galakan untuk perpecahan itu dilakukan oleh pemimpin besar dan
‘Warlords-Warlords’ dalam UMNO itu sendiri.
Sesungguhnya perubahan yang perlu dilakukan itu melibatkan pucuk
pimpinan sendiri. Ini ialah kerana kesalahan-kesalahan yang berlaku
dalam UMNO itu adalah kesalahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan itu
sendiri dan jika tidak dilakukan perubahan diperingkat kepimpinan itu,
maka tiadalah perubahan akan berlaku dan terlaksana. Kesalahan-kesalahan
yang dilakukan oleh pucuk pimpinan itu dilakukan terhadap UMNO sendiri
dan yang lebih besar ialah kesalahan terhadap rakyat dan negara.
Ramai yang tidak menyedari yang pimpinan UMNO sejak dua dekad dahulu
telah melakukan berbagai kesalahan terhadap parti pimpinan mereka
sendiri dan yang lebih menyedihkan lagi telah melakukan kesalahan
terhadap rakyat keseluruhannya. Kekurangan semangat kenegaraan dan
mungkin kekuatan dalaman mereka sebagai manusia yang bertuhan, mereka
telah melakukan jenayah moral terhadap negara keseluruhannya.
Serendah-rendah orang yang beragama seperti diri saya ini, mereka tidak
sepatutnya melakukan apa yang telah mereka lakukan.
Mereka tidak sepatutnya merelakan rasuah bermaharajalela kerana
hakikatnya jika berlaku tindakan rasuah maka segala keputusan penting
untuk rakyat dan negara tidak akan dapat dilakukan dengan baik dan adil.
Ini adalah kerana kepentingan peribadi mereka yang berkuasa akan di
selitkan sekali dalam apa-apa keputusan yang dibuat mereka.
Kita tidak tahu kenapa pemimpin tidak menerima hakikat bahawa rasuah
itu merupakan kerja yang paling kotor kerana ia tidak kurang kotornya
dari penjenayah rompakan dan sodomi, serta salah laku yang lain yang
sangat besar bahananya terhadap sesebuah negara, apatah lagi negara yang
mempunyai kepentingan Islam yang besar ini.
Sebenarnya apabila seseorang pemimpin lemah di berikan tempat utama
maka pemimpin-pemimpin seperti ini akan menumpukan usaha untuk
memperkuatkan diri mereka sendiri, maka segala tindakannya akan berkait
dengan keuntungan untuk dirinya sendiri.
Apabila ini berlaku maka unsur-unsur negatif seperti rasuah dan salah
guna kuasa akan bertambah nyata kerana keputusan yag dibuat mereka itu
tidak tepat kerana kepentingan diri mereka itu.
Itu sebabnya orang yang paling sesuai untuk menjadi pemimpin utama
negara ialah orang yang cukup serba serbi kehidupan dan di tambah pula
dengan manusia yang mempunyai nilai kepimpinan yang baik tanpa rasuah
dan tanpa niat untuk menjadi kaya raya di samping menjadi pemimpin utama
negara.
Hasil keadaan ini sedang kita lihat sekarang dan unsur-unsur yang di
sebutkan tadi menjadi budaya dan di anggap halal oleh pimpinan UMNO.
Sekarang rakyat tidak lagi mempercayai apa pemimpin katakan dan rakyat
juga tahu yang negara kita sedang tenat dalam segi kewangan. Negara yang
dianugerah Tuhan dengan segala kekayaan sudah hampir muflis malahan
dari segi teknikalnya bagi setengah pihak sudah pun bankrap.
Najib mungkin boleh bertahan semata-mata kerana beliau memimpin UMNO,
tetapi apa faedahnya kuat dalam UMNO sedangkan beliau tidak dipandang
tinggi oleh masyarakat, bukan sahaja masyarakat tempatan malahan oleh
masyarakat antarabangsa. Malah dalam banyak hal negara kita dan
pemimpinnya sekali menjadi bahan lawak dan jenaka yang tertinggi.
Begitu hebat publisiti yang di perbesarkan oleh media massa milik
kerajaan yang memuji perubahan dan transformasi dalam UMNO, tetapi tidak
pula ada transformasinya. Wanita UMNO misalnya masih diketuai oleh mak
cik Shahrizat dan ini menjelaskan hakikat, lagi kontroversi seorang
pemimpin itu lagi kuat kedudukannya.
Lagi tidak bermoral seseorang pemimpin itu, lagi tinggi pangkat dan
kedudukan yang mereka perolehi, seolah-olah UMNO berlumba-lumba mencari
pemimpin yang tidak semenggah menjadi pemimpin mereka. Lagi ramai yang
tidak mempunyai apa-apa moralnya lagi ramai yang mendapat gelaran dari
Datuk kepada Tun dan sebagainya.
Lagi rendah martabat, nilai dan moral mereka, lagi hebat kedudukan
sosial mereka. Bagi mereka yang bermoral dan baik, tidak ada apa-apa
‘incentive’ untuk terus menjadi manusia baik kerana masyarakat dan
pimpinan menghormati mereka yang kurang dan rendah moralnya kerana
negara disarati oleh mereka yang kian hari kian merudum moralnya.
Akhirnya inilah yang kita warisi dari pemimpin-pemimpin seperti ini dan
saya berani mengulangai jika pimpinan hari ini masih tidak mahu
mengakui hakikat yang mereka tidak berkelayakan untuk memimpin, selagi
itulah kehancuran kepada negara dan segala sistem demokrasi yang masih
ada sedikit sebanyak lagi akan terhapus dan negara akan kucar kacir.
Najib bertanggungjawab untuk melakukan perubahan ini agar beliau tidak
di umpat keji oleh rakyat dan generasi yang akan datang terutamnya
semasa beliau sudah tidak berada di dunia ini lagi. Kerja meribaha ini
adalah tanggungjawab beliau. Ia susah untuk di ubah oleh pihak yang
membangkang kerana entahkan bila pembangkang mampu untuk menjerat hati
rakyat untuk memberikan mereka mandat memerintah negara.
Mereka masih lagi terkial-kial untuk mendapatkan kepercayaan rakyat,
buka oleh kerana siapa, tetapi oleh kerana sikap dan niat mereka sendiri
yang dipersoalkan ramai. Suara-suara dalam PAS untuk mengkaji kembali
kedudukan partinya dalam gabungan pembangkang itu merupakan pandangan
dan suara yang sangat luhur dan jujur. tetapi jika parti itu masih mahu
memikul beban yang tidak sepatutnya mereka pikul maka PAS bolehlah
terus mengikat perhubungan dengan parti-parti lain dalam gugusan
pembangkang itu. This is a free country.
Saya menulis ini bukan untuk apa, hanya sekadar untuk meletakkan rekod
secara bertulis kerana suatu hari yang tidak berapa lama lagi apa yang
saya catatkan ini akan diakui benar oleh semua pihak. Jika saya sudah
tiada lagi di dunia ini, dan apa yang saya catatkan hari ini terbukti
benar, jika ikhlas dihati hadiahkan saya dengan bacaan surah Al-fatihah
sahaja.
Itu sudah mencukupi untuk menenangkan roh saya dialam baqa’ nanti. Insyaallah.
Itu sudah mencukupi untuk menenangkan roh saya dialam baqa’ nanti. Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan