Rabu, 23 Oktober 2013

MP: Kementerian patut saman 'penaja' K-Pop

 


 

MP Petaling Jaya Utara Tony Pua menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat yang mungkir janji untuk menaja bayaran RM1.6 juta bagi persembahan K-Pop semasa sambutan Hari Belia 2012.

NONEKatanya, janji mulut seperti itu boleh dikenakan tindakan di mahkamah kerana ia tetap merupakan satu perjanjian.

“Saya harap menteri membawa perkara ini ke mahkamah... atau kita boleh anggap bahawa ia hanya satu alasan untuk menyalah satu syarikat tidak dikenali,” katanya.

Beliau juga menuntut menteri belia dan sukan untuk mendedahkan nama syarikat terbabit.

Menterinya Khairy Jamaluddin dalam satu jawapan bertulis di parlimen kepada Pua menyebut bahawa unit pemasaran dan penajaan Hari Belia 2012 pada awalnya menerima pengesahan “lisan” dari syarikat tertentu berhubung bayaran tersebut.

Khairy menjelaskan bahawa kementerian tidak boleh mengambil apa-apa tindakan ke atas syarikat berkenaan yang menarik balik tajaan pada saat akhir kerana ia dibuat atas tanggungjawab sosial syarikat tersebut.

Tiada ulasan: