Khamis, 3 Oktober 2013

MCA: Kenapa kami sokong balik PCA


MALAYSIA KINI
 
 
 
Anggota Parlimen MCA mengundi untuk pindaan Akta Pencegahan Jenayah kerana terdapat perlindungan cukup daripada ia disalah guna, kata parti itu.

Dalam kenyataannya hari ini, parti Cina itu berhujah, undang-undang memastikan arahan tahanan tidak boleh dikeluarkan oleh cabang eksekutif dalam kerajaan.

malaysia parliament parlimen building 050907 front"Dalam kata lain, arahan penahanan tidak lagi diputuskan oleh menteri atau bahagian eksekutif dalam kerajaan," katanya.

Menurut parti itu lagi, arahan penahanan juga akan diteliti Dewan Rakyat setiap tahun dan ia akan disemak semula setiap lima tahun.

"Dengan perlindungan baru dan pengawasan kehakiman, MCA sedia terima cadangan kerajaan dengan tulus hati, terutamanya dengan mengambil kira keperluan melawan masalah jenayah yang kita semua hadapi.

"MCA akan meneliti dari dekat pelaksanaan PCA dan tidak akan bertolak ansur jika terdapat sebarang kes salah guna kuasa," katanya.

Tiada ulasan: