Selasa, 1 Oktober 2013

Masjid Runtuh Lagi; Terengganu Sudah Jadi ‘Bahan Ketawa’

BULETIN ONLINE


KUALA NERUS – Menurut Yang DiPertua PAS Kuala Nerus M. Shukrimun Shamsuddin sistem pemasangan bahagian atap masjid Kampung Tebauk yang runtuh sebahagian anjungnya, tidak betul.

shukrimun masjid runtuh

Beliau berkata seorag jurtera yang melawat masjid tersebut pada pagi ii, Ahad 29 September memberitahu beliau perkara tersebut.

“mengikut (seorag) jurutera, sistem (pemasangan) tidak betul…….nak guna ‘material’ (bahan) itu (yang sedia ada) tidak ada masalah tetapi sistemnya tidak betul, ia nampak berat,”ujarnya ketika ditemui ketika melawat masjid tersebut.

Beliau berkata, sekiranya menggunakan kayu pun, tetapi sistem pemasangan tidak betul, ketahanan masjid tersebut tidak kukuh da boleh mengakibat ia rntuh.

Katanya, jurutera tersebut yang tidak mahu dikenali pernah mengadu tentang pemasangan yang tidak betul itu kepada Kementerian Kerja Raya dan meganggarkan ia aka runtuh dalam masa lima tahun.

Terengganu jadi bahan ketawa


Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negei Bukit Tunggal, Dr Alias Razak berkata, sejak kerajaan Umno dan Barisan asional mengambil alih pentadbiran negeri Terenggau pada tahun 2004 sehingga kini, negeri Terengganu sudah menjadi ‘bahan lelucon’, bahan gelak ketawa orang ramai.

Dr Alias masjid runtuh

Katanya sejak zaman Dato’ Idris Jusoh sehinggalah zaman pentadbira Dato’ Seri Ahmad Said kini, berlaku perkara yang sama, bangunan yang dibina mengalami kerosakan dan runtuh.

Beliau yang pernah menyuarakan permintaan pada Sidang Dewan Udangan Negeri menyeru agar kerajaan membuat kajian yang menyeluruh terhadap binaan bangunan yag dididirikan selepas tahun 2004, mengulangi gesaannya.

“bangunan yang dibina dibawah peruntukan kerajaan egeri Terengganu, yang diurus oleh kerajaan BN Terengganu, samada zaman Dato’ Seri Idris Jusoh atau pada zaman Dato’ Seri Ahmad said, berlaku perkara yang sama, banyak sangat bangunan-bangunan yang runtuh,

“saya minta kerajaan membuat satu kajia (dan) ‘post-mortem’ yang meyeluruh bangunan-bangunan di seluruh negeri Terengganu, saya pernah sebut dalam Dewan (Sidang DUN) ketika stadium runtuh dulu, dan dilihat apa masalah sebenarnyakalau sekiranya kontraktor yang bersalah…..ambil tindakan,”jelasnya. [Lihat Video]

Tegasnya, ia mesti ada sesuatu yang bermasalah kerana terlalu kerap berlaku runtuhan dan ia adalah merugikan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu.

Masjid Runtuh Pada Jam 4.00 pagi


Sebahagian struktur atap bahagian anjung masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal dekat sini disedari penduduk berhampiran runtuh pada kira-kira jam 4.00 pagi apabila mereka terdengar bunyi yag kuat.
Seorang bilal masjid, Encik Jaafar Ismail berkata masjid tersebut belum dirasmikan dan baru digunakan oleh orang ramai semenjak setahun lebih lalu iaitu pada akhir tahun 2011.

masjid tebauk1

“Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam.

“Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa,”jelasnya ketika.

Menurutnya, sebelum ini telah berlaku sedikit kebocoran tetapi pihak kontraktor ada melakukan kerja-kerja membaik-pulih.

Kata beliau, bayangkan jika kejadian runtuh tersebut berlaku ketika hari Jumaat waktu solat yang melibatkan orang ramai.

Manakala seorang lagi pegawai masjid tersebut Haji Man bin Mat berkata kos pembinaan masjid tersebut adalah RM6 juta.

Katanya, beliau mengetahui ia telah runtuh apabila datang untuk menunaikan solat subuh pada kira-kira jam 5.30 pagi.

Tiada ulasan: