Rabu, 23 Oktober 2013

Mangsa Kebakaran Terharu Terima Bantuan ADUN


SAMSUNG


BATU CAVES : Mangsa kebakaran di Kampung Laksamana, dekat sini, melahirkan rasa terharu atas keprihatinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amiruddin Shari, yang menyalurkan bantuan kepada mereka.

Mangsa, Adiani Abu Akmal, berkata ketika kejadian kebakaran itu berlaku sekitar jam 3 petang, dia dan keluarga tidak berada di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin, sebelum dimaklumkan jiran menerusi panggilan telefon.

Beliau berkata, kebakaran itu membabitkan dua buah rumah dan yakin punca kejadian disebabkan kilang besi buruk yang beroperasi berdekatan kawasan perumahan terbabit.

“Saya ada minta ganti rugi daripada kilang berkenaan, namun pengurusannya enggan dan menuduh punca kebakaran disebabkan anak saya, tetapi kami tidak ada di rumah ketika kejadian itu berlaku,” katanya pada majlis bantuan daripada Pejabat ADUN Batu Caves yang disampaikan Jawatankuasa Penduduk Zon (JKP) 8, Zuhudi Ahmad, di sini, semalam.

Adiani berkata, kerugian yang ditanggung lebih RM50 ribu dan dia sudah membuat laporan polis bagi proses tuntutan ganti rugi daripada kilang yang tidak mempunyai nama itu.

Amirudin-Shari

Adiani berkata, mereka tidak menerima sebarang bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) walaupun kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu.

“Saya juga ada meminta bantuan UMNO Cawangan Kampung Laksamana, namun sangat terkilan dan kecewa keraba permohonan tidak dipedulikan mereka.

“Sehingga kini, saya hanya menerima bantuan ehsan daripada Ketua Kampung dan ADUN Batu Caves. Dengan sumbangan diberikan dapat membantu saya membeli barang keperluan dua anak yang masih bersekolah.

Sementara itu, Amiruddin yang melawat kawasan kebakaran mengucapkan takziah kepada semua mangsa atas musibah yang menimpa dan meminta kilang yang didakwa menjadi punca kebakaran itu disiasat. -NFN-

Tiada ulasan: