Harakahdaily, |
Ahli Dewan Negeri (Adun) Seri Setia yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad bertanyakan pendirian Khairy ketika isu-isu sensitif dan perkauman dihangatkan oleh para pemimpin Umno.
"Ketika Zahid Hamidi memainkan sentimen kaum ketika berbicara mengenai jenayah dan gangsterisme, dan menyokong dasar tembak untuk membunuh bagi polis, mengapa Khairy tidak mengkritik Zahid?
"Apabila calon Naib Presiden Umno dan pengganti Khairy sebagai Pengerusi PUNB Ali Rustam membuat kenyataan perkauman terhadap masyarakat Cina, di manakah Khairy?" soal Nik Nazmi.
Menurut beliau, percubaan Khairy untuk memaparkan imej yang lebih terbuka dan sederhana hanya timbul selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.
Namun ramai rakyat Malaysia, ujar Nik Nazmi masih mengingati sikap dan pendirian Khairy ketika menjawat Naib Ketua Pemuda Umno dan memainkan peranan penting dalam pentadbiran bapa mertuanya Abdullah Ahmad Badawi.
"Beliau (Khairy) terlibat di dalam skandal ECM Libra, dan bukan sekadar mempertahankan nada perkauman Umno ketika itu, tetapi terbabit di dalam insiden menghunus keris Pemuda Umno.
"Jelas sekali, kemenangan Khairy tidak melambangkan kemenangan pemikiran progresif dalam Umno," tegas Nik Nazmi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan