KANGAR –
Harga makanan yang murah di Perlis antara penyumbang kepada risiko
sakit jantung dalam kalangan penduduk di negeri itu, kata Exco
Kesihatan Perlis, Jafperi Othman. Ini kerana katanya, keadaan itu
menyebabkan masyarakat tidak mengawal pemakanan sehingga Perlis menjadi
antara negeri yang mempunyai peratusan penduduk gemuk yang tinggi dan
seterusnya berisiko mengalami penyakit jantung.
Kawalan
penyakit jantung ini juga perlu bermula dari peringkat kanak-kanak
kerana kegilaan terhadap permainan dalam talian menyebabkan golongan
ini mengabaikan kegiatan yang boleh mengeluarkan peluh, katanya berucap
merasmikan sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Negeri Perlis, di
sini hari ini.
Sehubungan
itu, Jafperi meminta ibu bapa agar memastikan anak mereka turut aktif
dengan kegiatan fizikal selain menguasai bidang teknologi maklumat.
Harus diingat, kajian Kementerian Kesihatan mendapati satu daripada tiga kematian di negara ini adalah kerana masalah jantung, katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan