Sabtu, 5 Oktober 2013

KKMM sedia beri kerjasama kepada SPRM

THE MALAYSIAN INSIDER


















 Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)jika suruhanjaya itu berhasrat melakukan siasatan terhadap jabatan di bawah kementerian berkenaan berhubung Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) berkata sehingga kini, KKMM masih mengumpul maklumat dan meminta jabatan terbabit menyediakan laporan untuk memperjelas tuntutan yang dilaporkan.

"Kita tengah mendapatkan maklumat daripada semua pegawai tentang perkara itu.

 "Saya akan tengok, kalau yang mana tidak betul, tindakan akan diambil dan kita tak ada masalah untuk memberi kerjasama kepada SPRM (sekiranya perlu)," katanya.

Beliau berkata KKMM juga bersedia mendengar alasan yang diberi jabatan berkenaan, bagaimanapun, tidak akan berkompromi jika terbukti terdapat penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan berlaku.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2012, Jabatan Penyiaran didapati membelanjakan RM14,670 seunit bagi pembelian pengimbas kertas bersaiz A4 berbanding harga pasaran RM200 seunit. – Bernama

Tiada ulasan: