Isnin, 21 Oktober 2013

Kerajaan Umno-BN Terengganu Menghina Demokrasi dan Pilihan Rakyat

BULETIN ONLINE
 
 
KUALA TERENGGANU – Tindakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu meminggirkan malah menafikan wakil-wakil rakyat yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat disifatkan sebagai menghina hak rakyat dan institusi demokrasi negara.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia satu tidakan yang kebudak-budakan.

“adakah rakyat negeri Terengganu ini ‘bodoh’ (dalam mengundi dan) memilih pimpinan PAS………ini satu penghinaan kepada rakyat da penghinaan kepada sebuah negara yang mengamalkan demokrasi,

“ia merupakan tindakan kebudak-budakan yang tidak wajar (sama) sekali (diamalkan), penafian terhadap suara rakyat yang telah membuat pilihan.”tegasya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata demikian kepada pihak media dalam sidang media yag diadakan di Kualai Ibai, di sini semalam, Khamis 17 Oktober

Turut sama dalam sidang media itu adalah Timbalan Pesuruhjaya II Hj Muhyiddin Abd Radhid, Bendahari Hj Shukrimun Shamsuddin, Ahli Parlimen Dungun Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly dan lain-lain

Tiada ulasan: