MALAYSIA KINI
Keputusan
pemilihan bagi Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diumum
secara berperingkat malam ini sebaik keputusan dari bahagian-bahagian
tiba seawal pukul 7 malam.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Azmi Khalid berkata pihaknya menjangka keputusan awal tiba di Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn sekitar waktu itu.
"Pengerusi Tan Sri Tajol Rosli akan mengumumkan dari semasa ke semasa yang dijangka berlarutan sehingga awal pagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Ditanya mengenai perjalanan mesyuarat perwakilan dan pemilihan yang bermula sejak 8 pagi, beliau berkata sehingga kini semuanya berjalan dengan lancar.
"Masalah kecil yang dilaporkan juga berjaya diselesaikan dengan kadar segera," katanya.
Azmi berkata bahagian-bahagian yang tidak mempunyai banyak anggota perwakilan mungkin menutup proses pemilihan seawal 1 tengah hari manakala bahagian yang besar seperti di Sabah, dijangkakan agak lewat.
Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bermula serentak di 191 bahagian pagi tadi.
Kira-kira 230,000 anggota perwakilan diberi hak memilih pemimpin sayap masing-masing di peringkat bahagian dan pusat berbanding 2,500 anggota perwakilan sebelum ini.
Pemilihan kali ini menyaksikan 110,765 anggota perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memilih kesinambungan kepimpinan sayap parti itu bagi penggal 2013 hingga 2016.
Bagi Pergerakan Pemuda, 94 calon disahkan layak bertanding di peringkat pusat manakala 7,125 calon di peringkat bahagian.
Bagi Pergerakan Wanita pula, 51 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 6,758 calon di peringkat bahagian.
Sebanyak 35 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 4,955 calon di peringkat bahagian Pergerakan Puteri.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan