Khamis, 3 Oktober 2013

K-Pop; Dosa Maksiat Sekali……Dosa Tipu Rakyat Sekali

K-POP Najib
Gambar - Najib dan Shabery bukan main gembira menggunakan wang rakyat RM1.6 juta diatas pentas bersama artis K-Pop pada sambutan Hari Belia 2012]


BULETIN ONLINE

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak kebertanggungjawaban kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) berhubung penipuan secara terang-terangan yang dilakukan kepada rakyat, khususnya kepada umat Islam.

Sebelum ini kerajaan menafika penganjuran konsert K-Pop ditanggung oleh kerajaan, sebaliknya kata Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Ahmad Al-Hiss Laporan Audit Negara 2012 mendedahkan tiga Kumpulan dari negara Korea itu di bawa masuk dengan kos RM 1.6 juta.


“Pendedahan ini semestinya mengejutkan semua pihak dan meletakkan kredibiliti kerajaan tercalar teruk. Apakah alasan rasmi kerajaan berhubung pendedahan Laporan Audit Negara 2012?

“Dalam hal ini kerajaan melakukan dosa dua kali. Pertama kerana kerajaan menipu dengan rakyat. Kedua, kerajaan telah menggunakan duit rakyat untuk aktiviti maksiat,”tegasnya.

Menurutnya, bagi mereka yang bukan Islam pasti akan merasa terkilan kerana rakyat membanting tulang mencari rezeki dan bersusah payah membayar cukai tetapi dengan mudah kerajaan menipu rakyat dengan duit yag diperolehi daripada ‘keringat’ rakyat.

Bagi mereka yag beragama Islam, soal Raja Ahmad, adakah kita akan reda dengan tindakan kerajaan menganjurkan maksiat dengan wang rakyat?

“Laporan Audit Negara 2012 membuktikan, sama sekali integriti kerajaan Malaysia, telah hancur……..kerajaan bersikap tidak telus dengan rakyat dan sanggup membohongi rakyat (dan hanya) kerajaan ‘penipu’ yang tidak berani berhadapan dengan rakyat.

“justeru terpaksa mencipta helah supaya penipuan mereka tidak terbongkar, namun, Allah maha kuasa, akhirnya kebobrokan kerajaan umpama ‘bangkai gajah’ yang tidak dapat disembunyikan lagi,”jelasnya.

Oleh itu DPPM mendesak Perdana Menteri menjelaskan dakwaan ini dan memohon maaf serta bertanggungjawab terhadap penipuan yang dilakukan oleh kerajaan pimpinannya.

Jika ini yang berlaku di negara lain, ujarnya lagi, sudah pasti Menteri berkenaan atau Perdana Menterinya meletak jawatan serta merta bagi memikul tanggungjawab atas kesalahan mereka.

Oleh yang demikian, beliau menyeru seluruh rakyat menolak keraaan yang menipu rakyat dan melakukan dosa secara terang-terangan mulai sekarang sehingga pilihanraya umum kali ke-14 kelak.

Tiada ulasan: