Isnin, 7 Oktober 2013

Harga Makanan Naik 10%-20%. Inflasi Naik 3%! Harga Minyak Naik Lagi. BLR Akan Naik 2014?


Harga Roti Canai Naik


Perkara telah berlaku. Berkemampuan atau tidak, rakyat Malaysia tetap mesti menghadapi lonjakan kenaikan harga barang dan makanan di Malaysia. Belum termasuk lagi kenaikan harga rumah 10% = RM30,000 (DI SINI). Semuanya…..

Semuanya dek kerana kerana pengumuman kenaikan harga minyak di Malaysia (RON 95 & diesel) bulan September lepas.

Seperti biasa & telah dijangka peniaga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama “memeriahkan lagi” lonjakan & gelombang kenaikan harga barang & makanan di Malaysia ketika ini. Memburukkan lagi keadaan apabila terdapat kalangan peniaga yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan yang berlebihan atas nama kenaikan harga minyak RON 95 & diesel dengan menaikkan harga makanan & minuman sehingga ke paras 20%. Patutkah?

Harga Makanan Naik 0.1%? Realiti @ Fantasi?

Kenaikan Harga Barang 2013
  • Berlainan pula dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hasan Malek yang hanya menjangkakan harga makanan akan naik 0.1% sahaja.
  • Realitinya yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang ini?
Nampaknya kerajaan Malaysia & menteri yang terbabit tidak belajar daripada kesan rantaian yang berlaku dek kerana pengumuman harga minyak sebelum ini. Malahan kalangan penganalisis dari firma penyelidikan tempatan bersependapat, andaikata harga minyak diturunkan pada bulan depan sekalipun harga barang & makanan tidak akan kembali normal seperti biasa.

Datuk Seri Najib Razak memohon (SEPERTI DI BERITA INI) kalangan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang & makanan. Tetapi….hakikatnya berapa ramai yang mendengar saranan Perdana Menteri?

Harga Barang Naik 2013

Kos Sara Hidup Meningkat VS Kadar Inflasi di Malaysia

Dan…apa yang lebih membimbangkan adalah kalangan pakar ekonomi & penganalisis telah menjangkakan :
  1. Kadar inflasi di Malaysia akan mencecah kepada paras 3% menjelang akhir tahun 2013 melihatkan trend kenaikan harga barang & harga makanan yang akan terus meningkat ke paras yang lebih tinggi selepas ini.
  2. Kerajaan Malaysia dijangka akan mengumumkan harga minyak RON 95 akan naik lagi secara beransur-ansur pada bulan-bulan mendatang
  3. Tekanan kos sara hidup akan terus dirasai rakyat Malaysia, apabila kerajaan juga dijangka mengurangkan lagi kadar subsidi bagi gula dan tepung tidak lama lagi.
Oleh itu, jika kadar inflasi di Malaysia melonjak ke paras sekitar 3.5% Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mungkin tiada pilihan lain selain menaikkan Kadar Dasar Semalam @ Overnight Policy Rate (OPR) dengan harapan mengurangkan semula kadar inflasi di Malaysia tetapi dalam pada masa yang sama menyebabkan aktiviti ekonomi akan bergerak perlahan pada ketika itu. Apa pendapat balas anda pula?

P/S : Bagaimana pula harga barang & makanan di tempat anda selepas kenaikan harga minyak tempoh hari?

Tiada ulasan: