Perang mulut antara Gerakan dan MCA berpanjangan apabila pemangku presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn membalas sindiran Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.
Memulangkan paku buah keras, Chang berkata, Chua bukan sahaja patut mencermin diri, bahkan disarankan mendengar lagu Raja Pop Michael Jackson "Man in the Mirror" (lelaki di dalam cermin).
Chang menasihatkan Chua mengkaji lirik tersebut tetapi tidak menyatakan dengan jelas maksudnya.
Lagu popular sekitar 80-an berkaitan penyanyi itu menimbang dirinya dan berkira-kira mengubah caranya.
"Saya harap Chua akan ingat, jangan hilang masyarakat Cina untuk memang dalam MCA," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Chua dilapor 'memohon maaf' kepada pemangku presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn kerana berkata, jika timbalannya Datuk Seri Liow Tiong Lai mengambil alih, parti Cina itu akan menjadi seperti Gerakan.
Bagaimanapun, Chua mempertahankan kenyataannya dengan berkata, malang sekali ia sebuah pembandingan yang tepat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan