PUTRAJAYA: Setiausha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan supaya gelaran kerhormat calon yang bertanding pada pemilihan parti itu dicetak pada kertas undi.
Katanya apa-apa gelaran yang mengiringi nama calon bukan satu keperluan untuk dimuatkan pada kertas undi.
"Tidak, tidak... Kami tidak meletakkan gelaran kehormat di kertas undi. Ia sama seperti pada pilihan raya umum juga. Kita tidak meletakkan gelaran itu dan saya tidak faham mengapa mereka mahu perkara seperti ini.
"Seperti yang saya katakan rambut sama hitam, tapi lain-lain. Saya berharap kita sentiasa rasional dengan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Korban Perdana Putrajaya sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini, Selasa.
Beliau mengulas mengenai saranan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Jawatankuasa Pengurusan parti mempertimbangkan cadangan gelaran calon dicetak pada kertas pengundian ketika pemilihan pada masa depan.
Ahmad Zahid dilaporkan berkata, cadangan yang disampaikan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan kepadanya itu, akan dimajukan kepada jawatankuasa berkenaan untuk kajian lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan