Ahad, 20 Oktober 2013

EGM MCA: Ahli tetap dihalang sertai Kabinet

 


 

Perwakilan MCA hari ini menolak resolusi untuk menerima keputusan parti sebelum ini yang melarang ahli menerima jawatan dalam Kabinet.

Daripada 2,199 perwkilan yang hadir dalam mesyuarat agung luar biasa hari ini, seramai 1,090 perwakilan menolak resolusi tersebut sementara 1,080 menyokongnya. Selebihnya, 18 undi direkod sebagai undi rosak.

Ini bermakna bahawa resolusi itu ditolak dengan hanya majoriti 10 undi sahaja dan ia ditentukan dengan hanya 49.5 peratus daripada jumlah undi.

Sementara itu, perwakilan turut menolak usul untuk menegur timbalan presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai atas dakwaan kegagalan beliau semasa pilihan raya umum lalu dan tingkah lakunya selepas itu.

Ini bermakna Liow terlepas daripada tindakan teguran, namun usahanya untuk membolehkan pemimpin parti menerima jawatan dalam kerajaan - sekali gus membolehkan beliau menyertai semula Kabinet - juga digagalkan.

Bagaimanapun, parti itu bersetuju untuk menerima dua lagi resolusi yang membenarkan ahli menerima jawatan lain seperti senator, dalam syarikat berkaitan kerajaan, kerajaan negeri dan ketua kampung.

Tiada ulasan: