Isnin, 14 Oktober 2013

BN Kedah Senarai Tidak Kurang Tiga Nama Untuk PRK Sungai Limau

MSTAR ONLINE
 
 
SUNGAI PETANI: Barisan Nasional (BN) Kedah telah menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga nama untuk menjadi calonnya dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 Nov depan.

Pengerusinya, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata senarai itu akan diserahkankepada Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu ini.

"Nama sudah ada. Tak bolehlah bagi tau...tunggulah," katanya kepadapemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat bahagian yang baharu dari seluruh Kedah, Isnin.

Mukhriz berkata jentera Umno dan BN Kedah telah bergerak sepenuhnya dan mula turun padang bagi menghadapi pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Sungai Limau dalam Parlimen Jerai kosong berikutan kematian penyandang yang juga bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung dan kencing manis pada 26 Sept lepas.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Azizan mengekalkan DUN Sungai Limau bagi penggal kelima berturut-turut dengan majoriti 2,774 undi membabitkan saingan empat penjuru termasuk sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali mewakili BN.-BERNAMA

Tiada ulasan: