Selasa, 22 Oktober 2013

Baki Akaun Semasa Negara Malaysia : 2009 (RM14 Bilion) VS 2013 (Tinggal RM1.0 + Bilion)?


Akaun Semasa Kerajaan 2013


Keratan akhbar ini kami perolehi daripada seorang pembaca setia Berita Semasa yang menghantar melalui email dan inginkan kepastian apabila disogokkan dengan maklumat yang mana keadaan akaun semasa negara Malaysia dalam keadaan begitu meruncing sekali. Walaubagaimanapun…

Walaubagaimanapun berdasarkan semakan yang Berita Semasa lakukan, kami dapati angka yang diberikan kurang tepat apabila melihatkan angka dan fakta yang dikongsikan melalui laporan berita Bloomberg bertarikh 30 Ogos 2013. Yang menyatakan  sebenarnya :
  1. Akaun Semasa Negara Malaysia Suku Pertama 2013 : RM8.7 Bilion
  2. Akaun Semasa Kerajaan Malaysia Suku Kedua 2013 : RM2.6 Bilion
Telah berlaku penyusutan yang agak drastik sebelum Pilihanraya Umum  2013 dengan tempoh selepas PRU Ke 13 (SEPERTI DI SINI)

 

Baki Akaun Semasa Negara Malaysia (Laporan Bloomberg)

 

Bloomberg Current Account Malaysia

 

Baki Akaun Semasa Negara Malaysia (Data Bank Negara)

 

Akaun Malaysia 2013
Sumber : Statistik Bank Negara Malaysia

 

Baki Akaun Semasa Negara : Bajet Surplus VS Bajet Defisit?


Berdasarkan rekod Perbendaharaan Negara, rakyat Malaysia hanya menikmati Bajet “surplus” sebanyak 5 kali sahaja sejak tahun 1970 iaitu antara tahun 1993 – 1997. Bajet defisit terburuk adalah pada tahun 2009 (-RM47.4 Bilion). Walaupun pembentangan Bajet telah dibentangkan tetapi dana kerajaan tidak pernah cukup sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa memohon perbekalan tambahan beberapa kali sejak tahun 2009 lagi.

Dan penganalisis ekonomi menjangkakan pada suku pertama tahun hadapan, kerajaan akan membentangkan sekali lagi perbekalan tambahan yang kedua bagi tahun 2013. Hampir pasti akan berlaku….Selepas kerajaan berjaya memperolehi RM14 bilion tambahan (DI SINI)
Jika amalan perbelanjaan tidak efisen seperti ini diteruskan, tidak lain dan tidak bukan rakyat Malaysia termasuk kami, anda, anda di sini yang terkena tempiasnya…
Angka terkini baki akaun semasa kerajaan Malaysia bakal menjawab sedikit sebanyak persoalan rakyat melihatkan sebuah negara yang dilimpahi kekayaan kayu balak, getah, kelapa sawit, tanah yang sumber untuk tujuan pertanian, lautan luas yang menjadi sumber makanan laut, limpahan hasil emas hitam (minyak dan gas) tetapi rakyat belum benar-benar merasai limpahan kekayaannya.

Sebaliknya……berita kenaikan harga minyak & harga barang sekaligus lonjakan kos sara hidup di Malaysia sekarang ini. Respon balas anda pula?

Tiada ulasan: