Rabu, 23 Oktober 2013

Azmin: Saya takutkan Allah, bukan Mahathir



Walaupun kempen akan hanya bermula secara rasmi selepas penamaan calon esok, Pakatan Rakyat semalam telah mula memalu gendang perang untuk mempertahankan Dewan Undangan Negeri Sungai Limau yang dianggap sebagai kubu kuat PAS.

NONETimbalan Presiden PKR, Azmin Ali (kanan) secara sinis mencabar bekas perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk turun berkempen di situ selepas anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir ditolak anggota Umno dalam pemilihan Umno yang baru sahaja selesai.

"Kenapa kita perlu pertahan Sungai Limau? Kita mahu bagi mesej jelas kepada BN, Umno dan Mukhriz Mahathir yang kalah dalam pemilihan," katanya Azmin sewaktu berucap pada majlis pengumuman calon PAS semalam.

"Dalam mesyuarat pimpinan Pakatan, saya diminta fokus di Sungai Limau untuk berdepan Mahathir.

NONE"Saya tak takut dengan Mahathir tetapi saya takut dengan Allah. Saya akan lawan Umno dan BN habis-habisan sampai mereka kalah di Sungai Limau.

Katanya, kekalahan Mukhriz dalam pemilihan naib presiden Umno menunjukkan bahawa ahli parti itu sendiri menolaknya, serta Dr Mahathir yang sering membayangi karier politiknya.

"Dah jelas Umno tolak Mukhriz. Jika Umno tolak Mukhriz ini bermakna mereka juga tolak Mahathir.

"Jika begitu kenapa sokong Umno di Sungai Limau?" soal Azmin.

PAS: Politik beza, tapi hidup seperti keluarga

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula merayu agar liputan media yang adil diberikan kepada calon PAS oleh media arus perdana.

Beliau melahirkan rasa gembira apabila saluran RTM turut membuat liputan majlis penamaan calon semalam.

NONE"Kita mahu keadaan yang aman dan harmoni dalam pilihan raya kecil ini.

"Ini adalah warisan yang ditinggalkan Ustaz Azizan (bekas anggota DUN).

"Walaupun secara politiknya PAS dan Umno berbeza, orang-orang di sini hidup seperti keluarga.

"Jadi saya gesa media terutamanya RTM, jangan porak-porandakan kehidupan rakyat di Sg Limau," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada hadirin majlis tersebut.

PAS semalam sah menurunkan Ketua Pemuda PAS kawasan Jerai, Mohd Azam Abdul Samat sebagai calon parti itu dalam pilihan raya kecil dewan undangan negeri Sungai Limau, Kedah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pencalonan Azam dalam satu majlis di Kampung Sungai Limau Dalam.

Tiada ulasan: