MALAYSIA KINI
Bekas
ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau
bertanding jawatan naib presiden Umno kali ini antara lainnya kerana
kecewa apabila jasanya tidak dihargai oleh kumpulan pengundi Cina semasa
pilihan raya umum 5 Mei.Mohd Ali yang menimbulkan soal 'tsunami Cina” dalam wawancara disiarkan Mingguan Malaysia itu berkata, beliau memilih untuk mempertahankan hak orang Melayu dan Islam kerana tidak mahu membiarkan desakan DAP.
Dalam wawancara itu, Mohd Ali pada awalnya ditanya sekiranya beliau telah mendapatkan pendangan dari golongan Cina berhubung keputusannya untuk bertanding bagi merebut jawatan naib presiden Umno kali ini.
Katanya, golongan MCA memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menyatakan kehendak mereka kerana “DAP dan Dong Zong telah cucuk masyarakat Cina” untuk mengambil alih pentadbiran persekutuan dan negeri.
“Jadi jasa saya langsung mereka tidak kisah sehingga banyak orang MCA dan Gerakan pun terpengaruh”, katanya yang menambah, satu semangat baru diperlukan untuk mengelakkan orang Melayu terus berpecah
“DAP sedang mendesak dan kita mesti menghadapinya. Saya kalau hendak berhenti (dari politik) memang boleh tetapi takkan saya hendan biar berlaku depan mata sedangkan kita telah alami tsunami Cina bagaimana mereka tidak menghargai jasa kita,” katanya.
Oleh itu, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan utama dalam Umno itu memandangkan parti tersebut adalah wadah terbaik untuk memelihara hak orang Melayu dan Islam, katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan