Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh
KUALA TERENGGANU – Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan
Ahmad Farid Wan Salleh mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan
beliau akan mengundurkan diri dalam politik selepas pemilihan Umno ini.
Ketika ditemui, Wan Ahmad Farid bukan hanya mengesahkan untuk tidak mempertahankan jawatan yang disandangnya itu dalam pemilihan Umno bahagian, Oktober depan, tetapi turut mengesahkan bersara terus dalam politik.
Menafikan tindakan tersebut diambil kerana kecewa berikutan kekalahan beliau sebanyak dua kali ketika bertanding di kerusi Dun Ladang pada PRU13 lalu dan kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil 2009, beliau berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan hasratnya, sebaliknya menegaskan ia adalah keputusan beliau sejak sekian lama sama ada menang atau kalah.
“Saya sudah maklumkan biro politik empat tahun dulu, inilah penggal terakhir saya,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Majlis Perasmian Berkelompok Persidangan Tahunan Umno Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Cawangan dalam bahagian Kuala Terengganu bagi tahun 2013, di Dewan Tunku Abdul Rahman, di sini.
Ditanya alasan beliau perlu bersara dari politik, Wan Ahmad Farid menegaskan, ia bertujuan untuk meremajakan Umno dan beliau menggambarkan keadaan itu tidak akan berlaku selagi beliau masih dalam politik.
Jelasnya, jika beliau bersara tetapi dalam masa sama aktif dalam politik, proses peremajaan dalam Umno tidak akan berlaku kerana percaya beliau akan terus mempengaruhi mana-mana pihak, terutama yang akan menerajui kepimpinan Umno bahagian itu.
“Persaraan saya dalam politik adalah untuk memberi ruang, kalau saya masih berada dalam politik dan aktif, maka saya akan mempengaruhi kepimpinan yang ada. Walaupun saya bersara tetapi masih aktif dalam politik, bererti saya mempengaruhi orang yang bakal menjadi ketua bahagian, timbalan ketua bahagian dan sebagainya,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau turut menganggap tempoh maksimum dua penggal adalah paling ideal kepada mana-mana individu memegang jawatan ketua Umno bahagian dan mencadangkan mana-mana ketua Umno bahagian mengambil tindakan sama jika sudah melebihi tempoh tersebut.
Katanya, sama ada mereka menang sebagai calon dalam PRU13 lalu atau sebaliknya, tindakan mengundurkan diri perlu diambil untuk terus memastikan kelangsungan parti dan Umno mendapat sokongan daripada pelbagai peringkat.
“Pegang dua penggal sahaja kecuali kalau jadi perdana menteri, menteri atau menteri besar. Kalau pegang lebih dua penggal, kita tidak akan berjaya untuk meremajakan Umno.
“Umno mesti diremajakan dan orang yang melihat Umno ini sebagai parti orang lama melihat ia tiada ruang untuk anak muda. Jadi, selain saya mengambil tanggung jawab atas (kekalahan teruk Parlimen Kuala Terengganu pada) PRU13, kalau saya menang (bertanding) pun, saya beri ruang kepada orang baru.
“Saya hendak cakap kepada kawan-kawan saya di bahagian lain berundurlah, berhentilah, Kuala Nerus, Dungun, Marang dan yang menang pun yang lebih pada penggal itu, berhentilah pada pandangan saya. Sukar hendak meremajakan Umno. Umno tidak akan remaja,” katanya.
Berhubung perancangan selepas persaraannya, Wan Ahmad Farid yang pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri menjelaskan untuk memberi tumpuan terhadap profesion guaman, di samping menggerakkan badan bukan kerajaan yang menumpukan kesedaran terhadap penyakit kronik di Parlimen Kuala Terengganu.
“Harapan saya, siapa yang pegang jawatan jaga elok-elok. Maksimum dua penggal, jangan lama-lama. Saya tidak tahu siapa yang akan menjadi ketua Umno bahagian yang baru tetapi saya yakin bahawa proses peremajaan itu berlaku,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan