ASPAN ALIAS
‘The Awakening: The Abdullah Badawi
years in Malaysia’
akan dipasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik
hangat serta polimik besar mengikut jangkaan saya. ‘The pre publication
remarks’ yang kita nampak melihatkan satu polimik yang hebat kerana apa sahaja
yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan
menjadi tumpuan ramai.
Lebih-lebih lagi tentang isu
perlagaan diantara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi. Dr
Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar kedepan unutk
membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala
aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi.
"Aku lantik hang, hang degil pulak dengan aku." |
Segala-gala kemudharatan yang
negara hadapi bermula dari Abdullah Badawi dan tidak ada sedikit pun ia bermula
semasa pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekarang Abdullah pula memberikan
pandangan dari sudut pemikirannya walaupun beliau (Abdullah) berdiam diri sahaja
apabila Mahathir menyalahkan segala-galanya kepada Abdullah.
Mahathir berkata yang beliau
belum lagi membaca penerbitan itu tetapi beliau akan memberikan respons mengikut
apa yang beliau akan baca dan sudah menjadi kepastian Dr Mahathir akan
membalasnya dengan lebih sinis lagi. Saya pun belum membacanya lagi tetapi dari
apa yang di sebutkan oleh Abdullah dalam publisiti ‘pre-launching’ nya itu
Abdullah telah memberikan pandangan yang bertentangan dengan Dr Mahathir dan
itulah tanda-tanda ia akan menjadi topik hangat dimana-mana nanti.
Abdullah selama ini berdiam diri
apabila di ‘seksa’ oleh Dr Mahathir tetapi kali ini Abdullah keluar dan waktu
dan masa ini adalah waktu yang paling terbaik bagi Abdullah untuk menjawab
segala tuduhan dan kata-kata penghinaan Dr Mahathir terhadap beliau. Diantara Dr
Mahathir dan Abdullah ini ibarat dua orang yang sedang bermain gasing.
"Kalau nak lantik saya jadi PM, lantik saya jadi PM betui | -betui | ." |
Sudah begitu lama Dr Mahathir
hanya memangkah sahaja. Nampaknya kali ini Abdullah pula mengambil giliran
memangkah dan Dr Mahathir mengambil giliran memusing gasing itu pula. Gasing
siapa yang pecah tidak pula kita ketahui kerana masing-masing dari hakikatnya
adalah saling sandar menyandar dalam membuatkan politik negara kita menjadi
sedemikian rupa.
Bagi saya jika ada kesalahan
Abdullah itu, ia juga adalah kesalahan Dr Mahathir kerana Abdullah adalah
ciptaan Dr Mahathir dalam kepimpinan negara. Mahathir telah mencipta Abdullah
untuk dijadikan pemimpin yang boleh disuruh arah dan dipandu oleh pengaruh
beliau setelah bersara. Media telah memaparkan Abdullah sebagai orang baik.
Tetapi dari awal tidak pula media ini memaparkan sebagai seorang pemimpin yang
baik, hanya sekadar orang baik sahaja.
Tetapi ciptaan Mahathir tidak
menepati kegunaan yang diharapkan oleh beliau (Dr Mahathir), iaitu untuk menyuruh
arah Abdullah. Mahathir terlupa yang Abdullah yang lembut itu adalah seorang
yang degil. Abdullah tidak mudah melakukan sesuatu kerana memandang kearah
telunjuk pemimpin yang telah mencipta beliau dan pengganti beliau (Dr
Mahathir). Bagi Abdullah jika beliau dijadikan PM, jadikanlah beliau sebagai PM
yang sebenarnya dan bukannya sebagai PM boneka kepada seseorang yang lain.
Itulah sebab bermulanya
perselisihan diantara Abdullah dengan Dr Mahathir dan Mahathir bertindak cepat
untuk mengkritik Abdullah secara terbuka dan kesemua kesalahan terhadap negara
beliau lemparkan kepada Abdullah untuk bertanggungjawab. Sejak dari saat itu
semua kesalahan terletak di bahu Abdullah dan bermula dari zaman pentadbiran
Abdullah. Di sebaliknya semua yang boleh dipersepsikan sebagai baik adalah
kepunyaan dan menjadi tuntutan Dr Mahathir sebagai sumbangan beliau kepada
negara.
Apabila Dr Mahathir sedar yang
Abdullah tidak mahu tunduk kepada kemahuannya maka Abdullah terpaksa menerima
segala keburukkan walaupun perkara itu dilakukan oleh Dr Mahathir sendiri.
Segala keburukkan berlaku dari zaman Abdullah Badawi.
Rasuah yang berlaku secara
besar-besaran mengikut pandangan Dr Mahathir berlaku dari zaman Abdullah.
Mengisi kepimpinan yang berbudaya mengampu dan ‘burung balam’ itu bermula dari
zaman Abdullah.
Tidak siapa boleh percaya rasuah
yang begitu besar dan dilakukan secara sistematik oleh kerajaan itu berlaku
dari zaman Abdullah. Lazimnya rasuah yang sampai ketahap seperti yang dialami
negara sekarang memakan masa paling kurang dua puluh tahun untuk berkembang
seperti yang kita lihat sekarang.
Mahathir tidak memberikan tumpuan
untuk membina dan menyuburkan benih kepimpinan dikalangan UMNO kerana membina
kepimpinan bermakna akan membunuh niat beliau untuk berkuasa dalam tempoh yang
lama terhadap negara. Sedangkan semua mereka yang berkepimpinan dan yang
terbina di zaman Tun Razak dan Hussein Onn pun diketepikan oleh Dr Mahathir
dengan begitu halus, bagaimana seseorang itu boleh mengharapkan beliau untuk
membina dan membentuk barisan pemimpin yang berkepimpinan.
Akhirnya Abdullah Badawi yang
dari awal tidak pernah dilihat sebagai orang yang berpotensi untuk menjadi PM
pun boleh manjadi PM dan mereka yang ada disekeliling Abdullah itu adalah dari
ciptaan Mahathir senditri. Mereka mempunyai ciri yang serupa, baik Abdullah,
Najib dan akan berterusan dengan kepimpinan acuan yang sama, baik Muhyiddin
atau kesemua Naib-Naib Presiden UMNO yang ada pada hari ini.
Saya selalu menyebut sesiapa yang
mentadbir negara selepas Dr Mahathir merupakan dari kumpulan yang sama, tidak
boleh diharapkan apa-apa yang besar dari mereka. Mereka adalah ‘tot’ dari Dr
Mahathir dan tidak mungkin ada dikalangan yang berkuasa dalam UMNO sekarang
mampu memimpin negara dengan betul.
Dr Mahathir itu sendiri menerima
akibat kritikan dan pemimpin yang mengambil beliau sebagai pemimpin negara.
Hussein Onn sendiri pernah menzahirkan penyesalan beliau kerana memilih Dr
Mahathir sebagai pengganti beliau tetapi cara mereka yang dibesarkan dalam
keluarga yang baik mereka tidak mengkritik Dr Mahathir seperti Dr Mahathir
mengkritik Abdullah dan sekarang kritikan beliau akan hinggap pula kepada
batang tubuh Najib Tun Razak.
Walau bagaimana pun mari kita baca
dahulu apa yang tertulis dalam ‘Awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia’ yang
akan dilancarkan oleh pemimpin pembangkang Nurul Izah Anwar itu.
Selepas itu kita bahaskan
sama-sama. Apa yang saya komen ini hanyalah merupakan ‘preamble’ terhadap apa
yang mungkin saya komen setelah membaca buku itu dengan sepenuhnya nanti.
Isu ini pastinya merupakan satu
topik yang di minati ramai. Kita tunggu. Tidak lari gunung dikejar.
1 ulasan:
Jangan lupa pesanan Allayarham YTM Perdana Menteri Malaysia yand pertama, Tengku Abdul Rahman Putra mengenai bahaya manusia Mahathir kepada Tun Abdul Razak dulu. Telahan Tengku ternyata tepat dan benar mengenai kelicikan dan kejahatan Mahathir.Dari Tun Abdul Razak hingga ke Najib sekarang ini, capa tangan dan jari jemari kotor Mahathir terdapat melekat di merata tempat dan masa. Cuma manusia bernama Anwar Ibrahim saja yang tidak dapat disembelih oleh Mahathir setakat ini.nsU
Catat Ulasan