Nama Suraya muncul selepas ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengucapkan tahniah kepada Adun Sungai Tiang itu menerusi laman mikro Twitter miliknya.
“Tahniah YB Suraya kerana ada keberanian bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Malaysia,” tulisnya.
Sebelum ini, Suraya adalah pemegang jawatan Exco Wanita Umno.
Azalina sebelum ini disaran menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Wanita Umno yang masih kosong, daripada mencabar Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan