SINAR HARIAN
KUANTAN - Siasatan mengenai kemalangan bas yang mengorbankan 37 nyawa
di KM3.5 Jalan Genting Highlands akan meliputi pelbagai sudut, kata
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani.
Beliau berkata polis akan mula mendapatkan keterangan daripada saksi dan penumpang yang terselamat dalam kejadian itu hari ini.
"Siasatan akan dilakukan dari semua sudut untuk mendapatkan gambaran tepat mengenai kejadian itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands itu meragut 37 nyawa termasuk pemandu bas apabila bas yang dinaiki 53 orang itu terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan itu ke ibu negara.
Nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu turut menyebabkan 16 penumpang cedera. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan