Isnin, 19 Ogos 2013

Pusingan kedua Karpal lawan Zahid di mahkamah?

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Karpal SinghKarpal Singh
















Karpal Singh dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu lagi berhubung kes saman seorang ahli perniagaan.

Saman yang dikatakan selesai melalui proses rundingan bulan lalu dijangka berbangkit semula selepas Ahmad Zahid mengumumkan bahawa ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah memaafkannya.

“Dia memohon maaf kepada saya dalam satu pertemuan bersama pihak ketiga dan saya memaafkannya," Ahmad Zahid memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini.

"Saya difahamkan kes ini selesai,” katanya.

Namun, Karpal mendakwa Ahmad Zahid melanggar arahan rundingan dengan mendedahkan perkembangannya.

"Malah saya sendiri selaku peguam kepada Ahmad Bazli tidak mendedahkan butiran rundingan. Amir Bazli bersumpah untuk menjaga kerahsiaan seperti syarat yang ditetapkan dalam rundingan," kata peguam veteran itu.

"Bagaimana Ahmad Zahid tahu anak guam saya memaafkannya,” katanya.

Karpal berkata, Ahmad Zahid menghina mahkamah dan bakal berdepan dengan tuduhan itu.

Datuk Seri Ahmad Zahid HamidiDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Pada 18 Julai lalu, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu tanpa ditemani peguam melalui pengantara Hakim Mahkamah Sesyen Rohani Ismail.

Datuk Shamsul Baharin yang juga salah seorang panel guaman Ahmad Zahid berkata, nilai pampasan akan diputuskan tanpa campur tangan peguam.

Amir Bazli mengakui proses rundingan berjalan lancar namun enggan mengulas lanjut perjalanan rundingan.

Beliau kemudiannya berasa terancam dengan kehadiran Ahmad Zahid yang datang bersama penyokong dan pengiring.

Amir Bazli memfailkan saman terhadap Ahmad Zahid pada Julai 2007 atas tindakan menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, Selangor.

Katanya, Ahmad Zahid mengancam untuk membunuh dan menahan tanpa kebenaran di rumahnya itu.
Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan berkata Amir Bazli mereka-reka cerita.

Beliau mengemukakan saman balas kepada Ahmad Bazli kerana berasa tersinggung dan trauma atas pertuduhan itu.

Tiada ulasan: